Msm

                                                       

PERLEMBAGAAN
PERSATUAN MIKROSKOPI MALAYSIA (PMM)
(MICROSCOPY SOCIETY MALAYSIA / MSM)

 

NAMA

1. Persatuan ini dinamakan “PERSATUAN MIKROSKOPI MALAYSIA” dikenali
juga sebagai “MICROSCOPY SOCIETY MALAYSIA” yang disingkatkan sebagai
PMM dan dalam pelembagaan ini akan dirujuk sebagai “Persatuan”.

 

LAMBANG

2. Lambang Persatuan terdiri dari huruf M putih yang bercantum dengan huruf E di
bawahnya yang berwarna merah.
Huruf M melambangkan bahawa fokus Persatuan adalah berkaitan bidang yang
menggunakan mikroskop.
Huruf E melambangkan asal Persatuan daripada Persatuan Mikroskop Elektron
Malaysia dan tajam di hujungnya membawa maksud ketegasan dalam mencapai
matlamat dan kemajuan Persatuan.
Penyatuan huruf E dan M melambangkan hubungan kerjasama di antara ahli-ahli
Persatuan Mikroskopi Malaysia.
Bahagian melengkong di bahagian bawah lambang membawa maksud yang
Persatuan merangkumi semua bidang sains yang berkaitan di Malaysia.